| Aerospace Brunei RBAF
OCS Receives 2nd Intake
Posted by Zara Bakar
Wednesday, 29 April 2009
SG AKAR, Tuesday 28 April 2009 - The Royal Brunei Armed
Forces Officer Cadet School (RBAF OCS) today recruited 27
officer cadets for its second intake which comprises of
18 male officer cadets and 9 female officer cadets.
Officiating the new intake was the Deputy Minister of
Defence Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Colonel
(Rtd) Dato Seri Paduka Hj Mohammad Yasmin bin Hj Umar.
The officiating of the OCS RBAF Second Intake took place
at Sungai Akar Camp.
For the second intake, a few changes were introduced to
further improve the efficiency of the school to ensure
there is continuity in enhancing the aspects of its
quality. One of it is the school began offering female
officer cadets with an opportunity to undergo a
Special to Service naval and air training
which is previously only offered to male officer cadets.
This is one of the positive advancement which is
similarly practised by other foreign armed forces. It
will not only broaden options offered to female officer
cadets, but also contributes to the entire total
personnel and capability services.
The Defence Deputy Minister also quoted His Royal
Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah, The
Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's
Office, General of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF)
sabda that with the establishment of the RBAF OCS last
year, it is hope that it can completely fulfill the
manpower needs and requirements in the Ministry of
Defence and RBAF in terms of its quantity and also
quality.
There have also been a few changes made to the
programme in ensuring the target objectives of the
training will be effectively met such as how the
trainings are being conducted, internal validation and
intsructor monitoring. The effectiveness of the training
is one of the main contributions to the objectives of the
Ministry of Defence relatively to its manpower, a high
quality future leaders by optimising their physical and
mental features, said the Deputy Minister of
Defence.
His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of
Brunei Darussalam during the RBAF 47th Annievrsary on 31
May 2008 mentioned in his titah that it is vital
especially for every officers to posess a high level of
leadership roles for their followers, said the
Defence Deputy Minister.
The Deputy Minister of Defence hopes that with the birth
of high quality leaders, the Ministry of Defence and RBAF
will keep on moving forward towards achieving its main
purpose to become an armed forces equally at par as other
armed forces in the region so that the key mission are
met that is to defend the sovereignty of the country and
to uphold the Malay, Islamic Monarchy more effectively.
The Deputy Minister hopes that with the preparation of
various sophisticated and up-to-date facilities, well
organised programme and highly experienced instructors
would foremost help to continuosly contribute in
realising the targetted goal of the Ministry of Defence
and RBAF that is to inculcate leadership characteristics,
a much needed personality and intellects to be a military
officer. Further he urged the RBAF OCS to continually
work very hard in upgrading the whole quality, whether in
terms of management, facitlies, teaching methods or
teaching contents inline with time development. In other
words, the only way a highly skilled and high quality
leaders are produced, OCS must consistently be dynamic
and vibrant in doing so.
He said that this effort will never work without the
commitment of the officer cadets themselves. RBAF will
only able to provide facilities and knowledge. And
without the dedication, sincerity and ethusiasm of the
officers cadets, the achievement will not be continous.
The Defence Deputy Minister said, the enrollment of the
officer cadets to start their new career as military
officer automatically means they must be ready to change
their attitude to be more objkective and brilliant in
whatever they say and do. He also emphasised what was
highlighted before by His Majesty the Sultan and Yang
Di-Pertuan of Brunei Darussalam, which is that all layers
of leaders in the RBAF must become the centre of gravity
that all the welfare and interests of the armed forces
depend on. From here it can be clearly be seen how huge
the responsibilties they must carry, thus from this
moment in time behavioural and change of mind sets should
already be instilled by every personnel.
He urged the officer cadets to give their full commitment
not only during their trainings but also throughout their
services later. Moreover strong efforts, high discipline,
perseverence and positive attitudes are also required.
Also every individual has to appreciate all the
opportunities and facilities invested by the Government
through the Ministry of Defence and RBAF, especially in
upgrading and widening the manpower capabilities to
enable them to contribute back to the Government after
they succesfully completed their training.
---------------------------------
Sekolah Pegawai Kadet ABDB
Terima Pengambilan Ke-2
SG AKAR, Selasa 28 April 2009 Sekolah Pegawai
Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RBAF OCS) hari
ini telah menerima seramai 27 orang pegawai kadet lelaki
dan 18 orang pegawai kadet wanita bagi pengambilan
pegawai kadet kali keduanya. Hadir bagi merasmikan
pengambilan kedua ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan
Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato
Seri Paduka Hj Mohammad Yasmin bin Hj Umar. Upacara
perasmian ini telah diadakan di Perkhemahan Sungai Akar.
Bagi pengambilan yang kedua ini, beberapa perubahan juga
telah diperkenalkan untuk memperbaiki lagi keberkesanan
sekolah ini di dalam memastikan aspek kualitinya juga
turut terus dipertingkatkan. Salah satu daripadanya
adalah pegawai-pegawai kadet wanita telah diberikan
peluang untuk mengikuti latihan special to service bagi
latihan laut dan udara seperti yang dijalani oleh
pegawai-pegawai kadet lelaki. ini merupakan satu kemajuan
yang sangat positif dan selaras dengan apa yang
dipraktikkan dalam angkatan-angkatan bersenjata luar
negara. ianya bukan sahaja akan memperluaskan pilihan
yang ditawarkan kepada pegawai-pegawai kadet wanita,
bahkan ianya akan dapat menyumbang kepada
perkhidmatan-perkhidmatan tersebut, dari segi jumlah
keanggotaan dan keupayaan secara keseluruhannya.
Timbalan Menteri Pertahanan menyahut akan sabda Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di
Jabatan Perdana Menteri & Jeneral ABDB semasa majlis
pembukaan rasmi sekolah pegawai kadet angkatan bersenjata
diraja brunei pada tahun lepas, penubuhan sekolah pegawai
kadet ini dihasratkan akan dapat memenuhi keperluan
keanggotaan kementerian pertahanan dan angkatan
bersenjata diraja brunei secara menyeluruh iaitu dari
segi kuantiti dan juga kualiti.
Beberapa perubahan dari segi pengendalian latihan,
internal validation dan instructor monitoring telah pun
dibuat bagi menentukan objektif latihan dapat dicapai
dengan lebih berkesan, kerana memastikan keberkesanan
latihan merupakan salah satu penyumbang utama kepada
pencapaian objektif Kementerian Pertahanan berhubung
sumber tenaga manusia, iaitu memastikan pengeluaran para
pemimpin yang berkualiti tinggi dengan mengoptimumkan
keupayaan mereka secara menyeluruh dari segi fizikal dan
mental yang dinuatakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di
dalam titah baginda sempena hari ulang tahun ABDB ke 47
pada 31 Mei 2008 yang lalu bertitah mengenai betapa
pentingnya setiap pegawai khususnya untuk memiliki tahap
kempimpinan yang tinggi untuk menjadi teladan kepada yang
dipimpin kata Timbalan Menteri Pertahanan.
Timbalan Menteri Pertahanan mengharapkan dengan lahirnya
pegawai-pegawai yang berkualiti tinggi ini, Kementerian
Pertahanan dan ABDB akan terus bergerak semakin dekat ke
arah mencapai matlamat utamanya untuk menjadi angkatan
bersenjata yang setanding dengan angkatan-angkatan
bersenjata di rantau ini, supaya kita akan dapat
menyempurnakan misi utama kita iaitu untuk mempertahankan
kedaulatan negara dan menegakkan falsafah Melayu, Islam,
Beraja dengan lebih efektif.
Beliau juga mengharapkan dengan penyediaan pelbagai
kemudahan yang canggih dan terkini, penyusunan program
yang rapi dan kedatangan tenaga pengajar luar yang
berpengalaman, sekolah ini akan dapat mencapai misi
utamanya terlebih dahulu, iaitu menyemai ciri-ciri
kepimpinan, keperibadian dan intelek yang diperlukan oleh
seorang pegawai tentera, bagi seterusnya menyumbang ke
arah pencapaian misi utama Kementerian Pertahanan dan
ABDB lebih besar. Pihak sekolah pegawai kadet dalam hal
ini harus terus berusaha untuk meningkatkan kualiti
secara keseluruhan, baik dari segi pengurusan, kemudahan,
penyampaian pendidikan, mahupun kandungan latihan,
selaras dengan perkembangan semasa. Dalam erti kata lain,
dengan sikap yang sentiasa dinamik dan vibrant ini
sahajalah, para pemimpin yang berkemahiran dan berkualiti
tinggi akan dapat dihasilkan.
Timbalan Menteri Pertahanan berkata usaha-usaha ini tidak
akan dapat mencapai apa yang dihasratkan jika tidak ada
sokongan yang berpanjangan daripada para pegawai kadet
itu sendiri. Pihak ABDB hanya dapat menyediakan segala
kemudahan dan juga mencurahkan segala ilmu pengetahuan
yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang
berkualiti. Namun tanpa adanya kesungguhan, keihklasan
dan rasa minat yang tulus di pihak penerima, maka
kejayaan yang dicapai sudah setentunya tidak akan
berpanjangan.
Beliau menyatakan bahawa kemasukan pegawai kadet ke
sekolah ini untuk memulakan kerjaya selaku pegawai
tentera secara otomotik bermakna mereka harus bersedia
untuk berhijrah sikap untuk menjadi lebih objektif dan
bijaksana di dalam apa jua yang anda katakan dan lakukan.
Seperti mana yang pernah dititahkan oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebelum ini, semua
lapisan kepimpinan angkatan bersenjata diraja brunei
perlu menjadi centre of gravity di mana semua kebajikan
atau kepentingan angkatan bersenjata banyak bergantung.
Dari sini dapat dilihat betapa besarnya tanggungjawab
yang akan anda pikul dan pada saat ini, penghijrahan
sikap tersebut sudah seharusnya tertanam dalam setiap
anggota.
Tmbalan Menteri Pertahahan akhir sekali menekankan kepada
pegawai-pegawai kadet supaya akan dapat memberikan
komitmen sepenuhnya bukan sahaja semasa di dalam latihan
bahkan di sepanjang perkhidmatan nanti. Selain itu, usaha
yang gigih, tahap disiplin yang tinggi, ketabahan dan
sikap yang positif secara berterusan adalah juga
diperlukan. Setiap individu haruslah menghargai peluang
dan kemudahan-kemudahan yang telah dilaburkan oleh pihak
Kerajaan, melalui Kementerian Pertahanan dan ABDB, bagi
meningkatkan serta mengembangluaskan lagi keupayaan
sumber tenaga manusia supaya mereka akan dapat menyumbang
kembali kepada kerajaan setelah berjaya mengikuti latihan
ini nanti.
Last Updated ( Wednesday, 29 April 2009 )
|